Gambar rasulullah shallallahu alaihi wasallam
Peristiwa Hijrah Rasulullah
Pada malam berlakunya peristiwa hijrah, rumah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam telah
dikepung oleh pemuda – pemuda yang dipilih daripada kabilah – kabilah kafir Quraisy.
Tujuan mereka mengepung rumah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ialah untuk
membunuh baginda.
Sebelum Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam keluar dari rumahnya, baginda menyuruh
sepupunya Sayidina Ali bin Abi Talib tidur di tempat tidur baginda. Setelah itu, baginda
keluar dari rumah dengan membaca firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:-
Baginda berjaya keluar dari rumahnya dalam keadaan selamat dan terus menuju ke rumah
Sayidina Abu Bakar As – Siddiq. Sayidina Abu Bakar menjadi teman setia baginda sepanjang
perjalanan ke Yathrib tanpa diketahui oleh kafir Quraisy.
Sebelum terbit fajar, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan Sayidina Abu Bakar keluar
melalui pintu belakang rumah sahabat baginda itu menuju ke Gua Thur. Mereka sengaja
mengikut arah Selatan dan tidak mengikut arah Utara yang menjadi jalan biasa agar tidak
dikesan oleh musuh. Apabila keadaan menjadi tenang, mereka keluar dari Gua Thur menuju
ke Yathrib dengan dipandu oleh Abdullah bin Uraiqat.
Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan Sayidina Abu Bakar sampai di Quba, iaitu
kira – kira 5km dari Kota Yathrib setelah menempuh perjalanan yang meletihkan selama 8
hari. pada hari Isnin, 8 Rabi’ul Awal bersamaan dengan 20 september 622 Masehi baginda
mendirikan masjid Quba. Inilah masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wassalam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala:-
Maksudnya: “… Sesungguhnya masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba) sejak hari
pertama adalah lebih patut kamu solat di dalamnya …”
Gambar 1. Masjid Quba terletak di Kota Madinah Al – Munawwarah
Setelah 4 hari di Quba, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan rombongan berangkat
meneruskan perjalanan. Sebelum sampai ke Yathrib, baginda singgah di suatu tempat yang
bernama Lembah Ranuna. Di lembah ini baginda telah menunaikan solat fardhu Juma’at. Ini
adalah solat Juma’at yang pertama dilakukan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dan
juga khutbah pertama disampaikan.
Pada hari Juma’at, 12 Rabi’ul Awal bersamaan 24 September 622 Masehi, baginda dan
rombongan telah sampai ke Yathrib. Inilah hari bermulanya Kalendar Islam (Kalendar Hijrah).
Ketibaan baginda dan rombongan disambut dengan penuh meriah, kesyukuran dan
kegembiraan oleh penduduk Yathrib. Mereka mendendangkan alunan nasyid.
Di setiap jalan, unta Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam ditahan oleh penduduk Yathrib
meminta baginda berhenti dan tinggal di tempat mereka. Namun Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi
Wasaalam mengarahkan agar membiarkan sahaja unta yang ditunggangi baginda itu
berhenti sendiri. Akhirnya, unta itu berhenti di suatu tempat yang dimiliki oleh dua orang
anak yatim. Di sinilah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam mendirikan masjid yang terkenal
dengan nama Masjid An-Nabawi atau Masjid Madinah Al – Munawwarah.